You've stepped on my blog . So , what's to do ? | Dashboard | +Follow

Thursday 29 March 2012

Pilih Mature @ Childish ?


Dalam soal pilih memilih nie ada kalanya boleh buat kita jadi pening kepale untuk menentukan pilihan. Takut tak sesuai, tak cantik! Sama jugalah macam soal memilih teman hidup. BF macam mana yang korank inginkan sebagai kekasih? Sudah pasti, korank akan pilih yang mature (matang), kan? Confirm bukan BF yang childish atau kebuda-budakan sangat! hurmm, nie aku nak kongsi sikit dgn korank macam mana nak tahu si dia tuh matang ataupun tidak. . info nie dari majalah yezz :)


Childish itu ..... 
  1. Nak berkepit aje, tak mengira tempat dan waktu. Ada kalanya situasi ini membuatkan korank dibenci oleh kengkawan. [humm~]
  2. Dah terang-terangan bersalah, tetapi tetap mempertahankan dan menilai bahawa dirinyalah yang betul.
  3. Bimbang tentang masa depan, tetapi tetap menghuru-harakan hidup dengan menghabiskan duit orang tua.
  4. bersikap tidak sopan ketika berkunjung ke rumah korank, dan seboleh-bolehnya cuba menghindarkan diri daripada diajak berbual oleh kedua orang tua korank.
  5. Tiba-tiba hilang mood dan kelu seribu bahasa, padahal korank sama sekali tidak tahu ape kesalahan korank.
  6. Secara automatik membatalkan temu janji yang dibuat semata-mata kerana korank telah mengajak adik atau kengkawan korank. menurut si dia, temu janji yang dibuat hanya untuk korank berdua sahaja ok!
  7. Belum mampu berkomitmen kerana masih belum stabil, tetapi mudah tergoda atau suka menabur janji-janji manis. 
Mature jika....
  1. Memberikan kebebasan kepada korank untuk bergaul dengan kengkawan lain atau siapa pun.
  2. Tidak teragak-agak untuk meminta maaf jika memang telah melakukan kesalahan.
  3. Mempunyai tujuan hidup. Si dia tahu apa yang harus dilakukan untuk meraih impian dan cita-citanya.
  4. Menghormati kedua orang tua korank ketika berkunjung ke rumah korank dan selalu menjadi teman bersembang yang menyenangkan buat mereka.
  5. Ketika bertengkar, tanpa berselindung si dia terus menyatakan apa saja yang dia tidak suka atau berkenan dari korank.
  6. Tidak keberatan jika korank mengajak adik/kengkawan sewaktu keluar dating.
  7. Mampu berkomitmen pada janji untuk tetap setia dengan korank.

♥ Thank You For Read My Entry ! Like Kalau Suka ♥

1 budak comel komen ^_^:

Harun Ar said...

Assalamu Alaikum, Jalan jalan singgah sini..., Nice blog...