You've stepped on my blog . So , what's to do ? | Dashboard | +Follow

Thursday 5 April 2012

ADUH... Sakit kepala !


// hey, kite jumpe lagi... hahahah ! ^_^ jum bace entry seterusnya ---> Hurm, sakit kepala berpunca daripada migrain, salah tidur, dehidrasi, stress, dan kurang tidur. Untuk mengelakkan sakit kepala berterusan, korank kenalah amalkan beberapa panduan nie. :)

 
1. Migrain
Hindari makan makanan yang berminyak dan bergoreng. Jaga jadual pemakanan secara teratur dan mengikut gizi yang betul. Biasakan tidur dan istirehat di tempat yang gelap dan bukannya tidur dengan lampu yang terbuka. Sekiranya migrain menyerang secara tiba-tiba, letakkan kain yang direndam dengan air sejuk di kepala untuk menyempitkan pembuluh darah.

2. Salah Posisi Tidur
Korank memang tak boleh elak sekiranya terjadi salah tidur kerana semua itu di luar sedar kita. Tapi sekurang-kurangnya korank boleh mengambil langkah yang berjaga-jaga dengan lakukan regangan yang simple sebelum tidur agar otot-otot akan menjadi lebih rileks.

3. Dehidrasi
Pilih bantal yang boleh menyokong kepala, leher, dan bahu agar tidur menjadi lebih selesa. Bantal yang korank pilih pulak janganlah terlalu keras atau terlalu lembik. 
Kurangkan minum kopi atau minuman berkabonat. Kandungan caffeine yang terkandung dalam kopi akan menyebabkan saluran darah korank tidak memproses dan mengalirkan darah dengan baik.
Itulah sebabnya korank rasa kurang mengantuk bila minum kopi banyak-banyak, kan? Haa.. sebenarnya saluran darah korank dah disumbat dengan si caffeine tuh!

4. Stress
Pening kepala kerana stress jugak boleh berlaku di mana-mana termasuklah semasa korank di dalam kelas. So, langkah yang mudah untuk merawatnya adalah dengan melakukan regangan terutama di bahagian bahu dan belakang badan bagi mengendurkan ketegangan.
Selain itu, rendam kaki dan tangan di dalam air halia suam selama 15 minit. Sangat efektif untuk melancarkan perjalanan darah.

5. Kurang Tidur
Amalkan makan pada waktu yang tepat. Korank tidak digalakkan makan terlalu dekat dengan waktu tidur. Makan berat sebelum tidur membuatkan perut korank banyak bekerja untuk mencerna makanan sehingga menyebabkan korank jadi semakin sukar untuk tidur.

P/S : info daripada majalah Yezz!
Sharing is caring, caring is loving... kan? ;) 

♥ Thank You For Read My Entry ! Like Kalau Suka ♥

0 budak comel komen ^_^: