You've stepped on my blog . So , what's to do ? | Dashboard | +Follow

Monday 2 April 2012

The Happy Go Lucky Single !


Single ! Memegang status tersebut bukan mimpi buruk paling menakutkan buat korank tau. Mungkin selama ini korank tidak terfikir bahawa menjadi single itu sebenarnya lebih bertuah. Hurmm.. tak percaya? nak bukti? let's go..!

  1. Puas Memikirkan Diri Sendiri
    Korank yang dah ada BF tuh, baik mengaku aje! Fikiran korank pasti terbahagi dua untuk memikirkan kepentingan BF dan diri sendiri, kan? hehehe.. hehehe.. cehh, gelak pulak -,- hm, korank juga terpaksa mengorbankan waktu peribadi untuk si dia. Cuba bandingkan dengan kehidupan yang single, korank tentunya mempunyai lebih banyak waktu untuk memikirkan diri sendiri.
  2. Bebas Bersama Kengkawan
    Jika ramai kengkawan yang merungut atau mengeluh gara-gara jarang dapat berkumpul lagi sejak korank ada BF nie, nampaknya ada yang tidak kena dengan hubungan cinta korank. Ingat erk, kengkawan atau BF adalah orang terdekat yang setiap saat membantu korank. So, korank yang tidak mempunyai BF atau masih single, korank bebas untuk berjumpa dengan kengkawan tanpa ada yang menghalangnya.
  3. New Relationship? Tak ada masalah!
    Menjadi single tidak bermakna korank sendirian atau kesepian. korank sebenarnya mempunyai banyak waktu untuk bertemu dengan orang-orang baru, kengkawan baru tanpa dicemburui oleh sesiapa pun.
  4. Lebih Sihat Hidup Single
    Kalau ada BF dah pasti selalu nak ber 'dating', tak pun ber 'gayut' telefon atau berbalas-balas SMS, BBM, FB ataupun Twitter sehingga lewat malam. Semua tuh tidak akan terjadi sekiranya korank single! Korank juga boleh tidur cepat dan hasilnya korank menjadi lebih sihat dan tidak akan tersengguk-sengguk di dalam kelas kerana menahan mengantuk!
  5. Single Itu Lebih Jimat!
    Jika korank keluar berjalan-jalan, menonton wayang ataupun bercuti ke mana-mana, tidak perlu menyiapkan bajet untuk dua orang. Memanglah ada ketikanya si dia akan membayarnya, tetapi ada masanya juga korank yang harus membayar untuk diri sendiri juga, kan? Sekiranya BF korank memang jenis yang kedekut dan agak berkira, memanglah korank yang akan 'hancur'! Jadi single! Lebih bagus,kerana korank hanya perlu membayar untuk seorang sahaja iaitu diri sendiri.
  6. Lebih Banyak Waktu Bersama Keluarga
    Biasanya waktu korank akan menjadi lebih banyak dihabiskan untuk bersama BF. Malahan ada ketikanya di saat keluarga mengajak korank keluar, pelbagai alasan yang akan diberikan. Korank lebih senang bersendirian sambil melayan SMS, BBM, FB ataupun Twitter si dia, berbanding untuk bersama keluarga. Jika masih single, sudah tentu korank sentiasa mahu dan mempunyai lebih banyak waktu untuk bersama keluarga tersayang.
  7. Boleh Berkawan Dengan Sesiapa
    Berstatus single atau masih solo, korank boleh mengatur temu janji dengan sesiapa sahaja. Dengan keizinan keluarga, korank boleh keluar dengan kengkawan boyz korank, tanpa ada yang melarang. Betul tak?
  8. Tak ada 'Polis Pencen'!
    "Kat mana nie?". "Dengan siapa?", "Buat apa kat situ?" Nak tak nak korank terpaksa juga melaporkannya kepada si dia. Tapi, kalau korank single, korank bebas melakukan apa sahaja yang disukai dan yang bermanfaat, kan?

    Jadi, buat korank yang masih single tuh... rileks ok. Nikmati hidup sebagai single sepuas-puasnya dan terus bersemangat erk!

♥ Thank You For Read My Entry ! Like Kalau Suka ♥